5 TIPS PERSARAAN YANG SELESA



Kita mempunyai pilihan untuk bersara dengan selesa atau sebaliknya.Andainya kita tidak merancang persaraan dengan baik, mungkin kita masih perlu bekerja semula selepas bersara atau lebih teruk lagi jika kita terpaksa berhutang untuk meneruskan kehidupan.

Di antara tip-tip yang boleh membantu meningkatkan simpanan persaraan adalah:


 1.Pelbagaikan Sumber Pendapatan Persaraan
  • Supaya tidak bergantung sepenuhnya pada simpanan KWSP
  • Menerima pendapatan persaraan secara berterusan
  • iMengurangkan risiko kehabisan simpanan persaraan dalam masa yang singkat.


2. Mulai Menyimpan Daripada Awal
Lebih awal kita menyimpan, lebih banyak simpanan yang dapat dikumpul apabila bersara, jadikan amalan menyimpan utk persaraan sebagai budaya sejak dari muda.


3. Rancang Keperluan Jangka Panjang
Kenalpasti keperluan utama dan anggaran jumlah yang diperlukan apabila bersara dan berapakah jumlah dan sumber utk membiayai keperluan jangka panjang berkenaan.

4. Melabur Dgn Bijak
Pelabur yg bijak adalah pelabur yg berpengetahuan. Ketahui risiko dalam pelaburan dan sentiasa membuat penilaian terhadap pelaburan secara berterusan. Jgn melabur kedalam skim cepat kaya atau syarikat pelaburan yg tidak berdaftar!


 
Penjagaan Kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan yg berterusan dan amalkan gaya hidup sihat. Tubuh badan yang sihat membuatkan kita boleh terus bekerja dan meningkatkan simpanan persaraan. Dengan ini, simpanan persaraan tidak perlu dihabiskan pada kos rawatan dan boleh digunakan untuk membiayai kos sara hidup yg lain.






0 Comments