Apa Yang Jadi Kepada Diri Anda Bila Anda Suka Snooze Alarm?



Mel Robbins menerangkan apa yang terjadi kepada diri anda bila anda suka snooze alarm mengikut kajian dan sains.
Bagaimana kita bangun pagi sangat berkait dengan kebahagiaan, produktiviti, kemampuan untuk kawal diri sendiri, cara berfikir dan mood sepanjang hari tu.
Dia menenerangkan sains tentang tidur, cara anda berfikir dan bagaimana anda bangun pagi untuk bina diri yang berfikiran positif, sangat bagus untuk kawal diri sendiri , mood dan produktiviti yang paling positif yang anda patut dapat.
Ini mengingatkan saya dengan kisah guru saya bagaimana dia nak elakkan diri dia supaya snooze alarm adalah dengan dia akan letak telefon atau alarm dia dekat bilik sebelah.
Jadi bila alarm tu berbunyi, nak tak nak dia terpaksa bangun > pergi ke bilik sebelah dan tutup alarm tu. Alarm dia jenis bising dan bunyi dia kuat.
Dalam perjuangan mengubah tabiat, kita memang akan TERPAKSA buat perkara seperti itu.
Mood otak memang dia suka buat apa yang dah biasa dia buat supaya ia tak memerlukan energi yang banyak untuk buat – ini yang saya pelajari daripada speaker TED yang dah buat kajian tentang bagaimana otak bekerja.
Jadi sebab itu kita kena ubah routine kita untuk mengubah tabiat kita.

Ada 3 perkara asas untuk ubah tabiat: Reminder, Routine dan Reward.
Tony Robbins berkata,
“Use the same reminder but different routine to break your bad habit.”
Jika sebelum ini bila anda rasa boring, anda akan buka Facebook, Instagram atau apa juga media sosial selama berjam-jam, tukar routine kepada membaca selama minimum 30 minit.
Kata Mel Robbins lagi, anda perlu buat handphone tu jauh daripada anda supaya anda tak snooze alarm kemudian baca update di media social yang akan buat anda rasa tertekan dan gementar.
Bila kita snooze alarm, ia akan memberi impak kepada otak kita dan bagaimana ia berfungsi.
Perasan kan bila kita suka snooze alarm, expect bangun lagi 10-15 minit, bila bangun kita rasa longlai, tak semangat. Rasa layu dan malas je nak bangun terutamanya bila kena bangun awal pergi kerja.
Apa yang terjadi kepada otak masa tu adalah bila kita snooze alarm, ia akan buat otak kita berada dalam kitaran tidur selama 75-90 minit.
Kalau masa tu cuti, mungkin rancang bangun awal, tapi sebab kita tahu kita sedang bercuti jadi bila alarm tu berbunyi, kita tekan snooze > tidur balik (lalui kitaran tidur 75-90 minit) > tekan snooze lagi > lalui lagi kitaran tidur.
Bila nak bangun pun masih rasa malas, tak semangat, cepat penat selepas beberapa kitaran tidur.


Apa yang terjadi kepada orang yang bangun sebelum alarm dia berbunyi, minda dia akan berada dalam state “bersedia untuk bangun”. Jadi dia akan rasa refresh, best, semangat.
Dia lebih bersedia untuk melalui hari tu dengan cara berfikir yang positif dan energetik.
Orang yang selalu tekan snooze alarm, dan expect akan bangun lagi 10-15 minit akan tenggelam dalam kondisi “kitaran tidur” – rasa ngantuk, tak semangat, cepat penat yang akan hilang hanya selepas 75-90 minit!
Dalam sains, term perubatan dipanggil Sleep Inertia – snooze alarm > expect bangun 10-15 minit, yang akan menyebabkan mode otak anda berada dalam “kitaran tidur”.
Tu sebab orang yang tidur daripada 12 tengah malam, tidur lepas Subuh sampai kadang-kadang Asar baru bangun, mereka biasanya bukan jadi makin cergas tapi jadi makin lemah dan longlai.
Harap dapat tidur yang cukup tapi jadi terlebih sebab kondisi Sleep Inertia.
Anda memerlukan sekitar 4 jam untuk pastikan anda kembali cergas selepas bangun daripada tidur (yang bila anda tekan snooze alarm).

Sumber: Klik sini






0 Comments