5 jenis makanan sahur paling mengenyangkan




1. Oat

Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100g oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

2. Biskut

Biskut adalah makanan kedua yang membantu anda berasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza dan biasanya dinyatakan pada bungkusannya. Contohnya,setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori.

Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.

3. Pasta

Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak.

4. Nasi

Nasi adalah makanan harian utama bagi setiap orang. Namun hakikatnya ia adalah makanan keempat yang membantu anda kenyang lebih lama walaupun anda memakannya dalam kuantiti yang banyak semasa sahur.

Ini kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.

5. Mee

Kebanyakan orang beranggapan mee adalah menu paling senang, cepat dan ringkas disediakan semasa sahur terutamanya pemilihan mee segera. 100g mee mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.

Walau bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.

Selain 5 makanan di atas, anda juga boleh memilih telur. Ini kerana ia mengandungi protein paling lengkap yang mana kira-kira 97% daripadanya boleh diserap oleh badan. Telur juga mengandungi kolin yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Anda boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.


Ada supplement shaklee yang dapat membantu kenyang lebih lama?
Semestinyalah ada. Yang paling popular sempena bulan Ramadhan ialah Cinch Shake





Cinch Shake adalah minuman berasaskan protein untuk menggantikan makanan sepanjang proses menurunkan berat badan, anda akan rasa lebih berpuas hati dan kenyang!
Ia didatangkan dalam 3 perisa yang menyelerakan iaitu Chocolate, Cafe Latte dan Vanilla. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh variety kan cara minum dengan mencampurkan buah-buahan segar, yogurt dan sebagainya.
Boleh wasep SZ atau klik sini untuk info tentang Cinch Shake yang sedap ni

0 Comments