Apps Al Quran PERCUMA yang wajib ada dalam phone kita




Tolong viralkan! 
Sempena Ramadhan ini, saya ingin perkenalkan kepada anda semua satu Apps Al-Quran yang SANGAT BAGUS dan PERCUMA.
Pergi ke Play Store ataupun App Store,download Apps yang diberi nama Tilawah Malaysia.
Bagi saya,ini dia Apps Al-Quran yang paling lengkap pernah ada dan yang menariknya,dibangunkan oleh Rakyat Malaysia. 
Kenapa saya kata lengkap? 
Saya bagi 9 hujah dan 1 Bonus;

1. Apps ini LANSUNG tiada iklan yang mengganggu bacaan. 

2. tulisan Al-Quran di dalamnya boleh dibesarkan(zoom in) bagi mereka yang ada masalah penglihatan seperti Ibu dan Ayah yang sudah tua. Cepat,tolong Install ke dalam Smartphone atau iPad Ibu Ayah anda!

3. Apps ini datang dengan tanda Tajwid dan cara bacaan yang jelas. Jika anda masih tidak jelas,itu hujah yang ke empat .
4. Tekan sekali di atas mana-mana perkataan yang anda tidak tahu bacaannya, Apps akan perdengarkan bacaannya kepada anda.

5. Jika anda tidak pandai baca mana-mana ayat,tekan saja butang Play yang ada di belah kiri atas, anda akan diperdengarkan bacaan penuh dengan sempurna.



6. Anda boleh tanda ayat terakhir atau ayat penting yang anda baca, dan terus buka pada ayat tersebut mengikut menu di bahagian setting.

                                                        
7. Anda juga boleh pilih mana-mana Surah dan ayat yang nak dibaca dengan pilihan Menu yang sangat mudah dan simple.

8. Jika bacaan secara satu ayat ke satu ayat menyukarkan anda untuk baca Al-Quran,jangan risau,anda boleh paparkan secara muka Surat mengikut Mushaf Uthmani seperti kebanyakan Al-Quran di Malaysia. 

9. terjemahan secara penuh dan juga secara perkataan bagi memudahkan anda bertadabbur. Jangan baca tulisan Arab saja ya,baca juga terjemahan.

Bonus,jika anda baca penulisan saya sampai habis, saya ucapkan tahniah! Dan kalau anda kongsikan di Wall FB,Instagram,Whatsapp anda ,kemudian ada kawan anda baca,terus Install dan bertilawah,Insya Allah anda juga akan dapat pahala daripada bacaannya.

Oleh sebab itu, walaupun kita 'malas' baca Al-Quran, viralkan Post ini supaya Pahala kita berganda-ganda seperti ganjaran dalam sistem MLM. Makin ramai orang tahu dan buat disebabkan satu klik share yang kita buat, makin banyak pahala digandakan.

Ayuh, klik #share sekarang.

Dan ayuh! 

Baca Al-Quran sempena Ramadhan ini. Semoga Allah redha dengan kita semua.

Terima kasih Allah sebab izinkan kita hidup di zaman yang sangat senang dengan teknologi dan terima kasih kepada pengusaha Apps ini yang bangunkan Apps secara PERCUMA. Semoga Syurga Firdaus buat kita semua.

Syikin Zahir
Dah installed dan memang menarikšŸ˜

0 Comments