Titik hitam


Pada suatu hari seorang professor memasuki bilik kuliah dan meminta pelajarnya bersiap untuk satu ujian mengejut,ala-ala pop kuiz tu. 

Terkejut dan cemas lah para pelajar. Masing-masing penuh debaran menanti kertas soalan diedarkan. 

Profesor mula berjalan mengelilingi kelas dan mengedarkan kertas soalan dengan kertas soalan menghadap ke bawah agar soalan kekal sulit selagi waktu menjawab belum bermula. 

Sebaik sahaja beliau selesai mengedarkan soalan, professor mengarahkan pelajar mengalihkan muka belakang kertas soalan untuk mula menjawab. 

Apabila kertas soalan dikalihkan, semua pelajar terkejut. Nampak jelas dimuka masing-masing. 

Hanya ada 1 titik [dot] di atas kertas. Menyedari wajah hairan, kebingungan & kerut didahi pelajar, professor bersuara. 

"Saya mahu anda menulis apa yang anda lihat di atas kertas itu."

Para pelajar yang masih terpinga-pinga mula menulis apa yang mereka diminta lakukan. Masa berjalan pantas. 

Pada akhir kelas, profesor mengambil semua kertas jawapan dan mula membaca setiap satu jawapan daripada mereka dengan kuat di hadapan semua pelajar. 

Kesemua pelajar cuba memberi jawapan terbaik tentang titik hitam di atas kertas. Ada yang cuba menjelaskan kedudukannya di tengah-tengah kertas, berkaitan size titik, warna dan sebagainya. Setelah semua jawapan dibaca, kelas itu diam, semua mata tertumpu pada professor. 

Professor menarik nafas dan mula menjelaskan:

"Saya tidak akan memberi markah atas ujian ini; Saya hanya mahu memberikan sesuatu untuk difikirkan oleh anda semua. Semua jawapan yang saya baca tadi, tiada seorang pun yang menulis mengenai bahagian putih kertas itu" . 

Sunyi sepi bilik kuliah

Prof menyambung lagi

"Semua orang berfokus pada titik hitam - dan perkara yang sama berlaku dalam kehidupan kita. 

Inilah yang kita lakukan dengan kehidupan kita. Kita mempunyai kertas putih kehidupan yang jauh lebih luas dari titik hitam kesedihan untuk dinikmati, tetapi kita sangat sibuk merenung tentang titik hitam yang ada. 

Kehidupan adalah kurniaan istimewa dari Allah dan kita sepatutnya sentiasa meraikannya. Kehidupan berubah dan diperbaharui setiap hari - kawan-kawan, pekerjaan, mata pencarian, cinta, keluarga, yang kita lihat setiap hari. 

Ada banyak perkara untuk disyukuri namun, kita selalu memusatkan perhatian hanya pada bintik hitam - isu kesihatan yang mengganggu kita, wang yang kita perlukan, kemewahan yang kita tidak perolehi, masalah dengan ahli keluarga, kekecewaan dengan rakan dan sebagainya."

Terpaku seluruh kelas. Bagai baru dilanggar garuda. Bijaknya professor. 

☺️☺️

Sahabat semua, kita perlu sedar bahawa bintik-bintik gelap sangat kecil dan hanya sedikit. Jangan kita membiarkan ia untuk mencemarkan minda kita.

Abaikan lah bintik hitam dalam hidup kita. Nikmati setiap nikmat tak terhitung yang Alllah kurniakan kepada kita, hidup terlalu singkat untuk kita bersedih atau tertekan dengan bintik hitam yang terlalu kecil berbanding nikmat yang Allah beri. 

Bersenang-senang dan hiduplah secara positif!

Syikin Zahir
Salam 2 Ramadhan

#inspirasicikgusyikin
#preciousbusinessteam

0 Comments