Kurang tidur punca kegemukan




TIDAK CUKUP TIDUR adalah antara punca utama peningkatan berat badan.

Dalam satu kajian yang melibatkan 16 000 responden, pengkaji telah memantau mereka selama 16 tahun. Berat badan, pemakanan dan gaya hidup mereka direkodkan.

Hasil kajian membuktikan, individu yang kurang tidur 5 jam atau kurang mengalami penambahan berat badan yang lebih banyak berbanding individu yang tidur 7 jam.

Individu yang berjaga malam mengambil lebih banyak kalori dan ada masa yang lebih untuk mengunyap makanan. Keesokan harinya, tubuh terlalu letih dan mengantuk untuk bersenam.

Hal ini juga akibatkan gangguan pelbagai hormon. Hormon yang mengawal selera makan menjadi tidak terkawal dan hormon insulin juga kurang sensitif.

Jangan sangka orang yang tidur berlebihan sahajaa menyebabkan kegemukan, kurang tidur juga satu masalah.

Sumber: Public Health Malaysia
















0 Comments